fbpx

Warga emas cederakan polis dengan pisau pemotong kertas direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berusia 82 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Kulim bagi proses reman kerana disyaki mencederakan dua anggota polis pada semalam.

KULIM – Seorang lelaki warga emas yang disyaki menyerang dua anggota polis sehingga seorang daripada mereka parah di dada di Taman Selasih, di sini semalam direman selama enam hari.

Perintah reman ke atas suspek berusia 82 tahun yang bermula hari ini dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Mirza Mohamad di sini hari ini.

Siasatan ke atas suspek dilakukan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan membunuh.

Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kulim di sini kira-kira pukul 8.30 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna jingga.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, siasatan awal mendapati suspek disyaki mencuri barang keperluan dapur serta diri bernilai RM160 di sebuah pasar raya di sini.

Menurutnya, pegawai polis yang cedera parah menerima 36 jahitan akibat luka pada dada dan masih dirawat di Hospital Kulim. Keadaan anggota tersebut dilaporkan stabil.

“Seorang lagi anggota polis yang cedera sudah dibenarkan keluar wad semalam,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI