fbpx

Bertanding PRN hanya gurauan – Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Baby Shima menafikan akan bertanding pada PRN akan datang.

PETALING JAYA – Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima tidak menyangka gurauan ingin bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan dianggap serius sesetengah pihak.

Katanya, ayat dalam video dikongsi semalam adalah ucapan lama bekas Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang diulang semula.

Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, dia memuat naik video kononnya mahu bertanding itu selepas bertemu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ di Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35), baru-baru ini.

“Sebenarnya video yang saya kongsi semalam adalah susulan pertemuan saya dengan KJ di Istana Budaya tempoh hari apabila kami sempat berbual mengenai demam PRN.

“Saya rekodkan pertemuan kami itu terutama berkenaan pendapatnya kawasan mana saya sesuai bertanding andai mahu jadi calon dan video tersebut baru saya kongsikan tadi.

“Tapi memang saya takkan bertanding, itu sekadar gurauan yang saya tak jangka dianggap serius,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Penyanyi tersebut berharap tiada pihak salah sangka dengan hantaran tersebut kerana hakikatnya dia tidak berminat langsung untuk terjun ke dunia politik.

“Saya tidak cenderung ke arah itu dan tidak mungkin menjadi ahli politik memandangkan jalur tersebut bukan bidang saya,” tambahnya.

Dalam video di Instagram semalam Shima mengumumkan bakal bertanding sebagai calon Bebas namun tidak mendedahkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mahu pun negeri.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini, saya ingin mengumumkan akan bertanding PRN untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya dalam video tersebut.

Pengumuman tersebut tular dan diperkatakan netizen hingga menjadi bahan berita beberapa portal dan blog. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI