fbpx

Kerajaan setuju secara prinsip Akta Hasutan disemak – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 (Akta 15) disemak dengan sewajarnya bagi memastikan perundangan 3R (raja, agama dan bangsa) digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau membentangkan kepada Jemaah Menteri hari ini hasil Dialog Perundangan 3R yang diadakan pada 21 Julai lalu.

Katanya, dialog tersebut khusus dalam menangani isu provokasi yang melibatkan agama , bangsa dan Institusi Raja-Raja yang dihadiri wakil kementerian atau jabatan Persekutuan termasuk Kementerian Perpaduan Negara, badan-badan peguam, pertubuhan masyarakat Madani (CSO), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli-ahli akademik.

“Aspek lain berkenaan provokasi yang melibatkan agama dan bangsa akan diteliti termasuk penggubalan perundangan baharu jika perlu mengenai keharmonian dan perpaduan negara.

“Ini termasuk mengambil kira pandangan institusi raja-raja sebagai ketua agama Islam dan amalan serta prinsip terbaik antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) akan mengambil langkah yang sewajarnya dalam menyemak secara terperinci akta berkenaan.

Jelasnya, ini adalah bagi memastikan cadangan pindaan yang bakal dicadangkan benar-benar bertujuan untuk melindungi institusi raja-raja secara holistik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI