fbpx

Sampah depan pintu sekolah, murid terseksa hidu bau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMPAH yang dibuang di tepi jalan menuju ke SK Clifford, Kuala Kangsar sejak kelmarin.

KUALA KANGSAR – Longgokan sampah depan pintu masuk sekolah.

Situasi meloyakan dan bau busuk terpaksa dilalui oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Clifford dan SK Datin Khadijah di sini selepas longgokan sampah dibuang oleh orang yang tidak bertanggungjawab situ.

Kawasan itu bukan dikhaskan untuk membuang sampah sebaliknya ada pihak yang telah menyebabkan ia menjadi seperti tempat sampah.

Seorang penduduk, Ahmad Nizar Zuhari, 37 tahun, berkata, dia sangat marah dengan keadaan menyakitkan mata tersebut kerana ia sangat bau busuk.

“Malah tikus, burung, anjing datang ke longgokan sampah menyebabkan kawasan bersepah, berbau dan mengotorkan jalan,” katanya di sini semalam.

Seorang ibu yang menghantar anak ke sekolah, Noriah Ibrahim, 34 tahun berasa kasihan dengan kanak-kanak kerana terpaksa melihat suasana tersebut dan menjadi contoh tidak baik kepada generasi baharu.

“Sepatutnya tengok dahulu kawasan sekeliling, gunakan akal fikiran, kawasan sekolah tidak sesuai,” katanya yang meminta MPKK mengambil tindakan lebih keras kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu Setiausaha Perbandaran MPKK, Saiful Azli Mohamed Nor, mengharapkan orang ramai atau masyarakat lebih bertanggungjawab dengan sampah sendiri dan jangan membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya.

Katanya, tempat berkenaan telah diletakkan papan tanda larangan membuang sampah, namun masih ada segelintir pihak masih membuang sampah di lokasi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI