fbpx

Kerana cemburu pelajar tikam mati rakan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rattanaporn menangis di acara pengebumian anaknya. - KhaoSod

BANGKOK – Seorang pelajar di wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand mati ditikam di sekolah dalam jenayah bermotifkan perasaan cemburu suspek terhadap mangsa, lapor laman berita Thaiger semalam.

Klip video dirakam pelajar lain memaparkan insiden di mana suspek dikenali sebagai A yang merupakan pelajar berusia 14 tahun, menikam B menggunakan sebilah pisau. Mangsa berumur 15 tahun.

Konfrontasi antara mereka didorong oleh rasa cemburu dan berlaku di luar sebuah bilik muzik.

A tidak berpuas hari apabila bekas teman wanitanya semakin rapat dengan B sehingga mencetuskan pertengkaran. 

Keadaan bertambah buruk apabila A mengambil pisau dan menikam perut B yang membawa kepada kematian mangsa.

Ibu mangsa, Rattanaporn, 35, dan neneknya, Lamul, 65, meluahkan kesedihan mereka berhubung kes tersebut.

“Dia masih sangat muda dan bukan anak yang jahat,” kata Lamul.

Kejadian itu menimbulkan kesedihan kepada keluarganya dan dia merayu kepada orang ramai supaya tidak menyalahkan cucunya yang meninggal dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI