LONDON – Pemain sayap Chelsea, Mykhailo Mudryk mengakui belum mempamerkan prestasi sebenar dan berazam untuk beri yang terbaik buat pasukan menjelang saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.
Sebagai rekod, pemain antarabangsa Ukraine telah ditandatangani sebagai pemain The Blues selepas melengkapkan perpindahan dari Shakhtar Donetsk dengan yuran perpindahan lumayan bernilai hampir £89 juta (RM468.56 juta) Januari lepas.
Bagaimanapun, Mudryk yang menandatangani kontrak selama lapan tahun hingga musim 2031 gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan apabila gagal menjaringkan sebarang gol dalam 17 penampilan.
Pemain berusia 22 tahun itu berkata, bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan kelab baharu tetapi selepas lebih enam bulan mengenali rakan sepasukan, sudah pasti saya semakin selesa.
“Saya sangat gembira apabila dapat mempamerkan sedikit potensi saya apabila menjaringkan satu gol pada aksi persahabatan baru-baru ini. Secara jujur, banyak lagi helah yang boleh saya tunjukkan untuk menyerlahkan lagi potensi diri.
“Malah, perubahan barisan kejurulatihan yang kini diketuai oleh Mauricio Pochettino juga banyak membantu saya tampil lebih yakin ketika sesi latihan.
“Selain itu, saya juga semakin selesa bersama rakan sepasukan khususnya Nicolas Jackson dan harap momentum ini dapat diteruskan pada kempen baharu EPL nanti,” katanya. – AGENSI