fbpx

Manchester United tekad bawa masuk Hojlund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJLUND kini menjadi buruan utama United selepas mereka hampir pasti terlepas khidmat Harry Kane. - AFP

NEW JERSEY – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mengesahkan bahawa pasukan itu sedang dalam usaha untuk mendapatkan tandatangan penyerang Atalanta, Rasmus Hojlund sebelum musim baharu bermula.

United kuat dikaitkan dengan Hojlund sepanjang jendela perpindahan kali ini dan akan mengemukakan bidaan, namun mereka tidak akan membayar lebih daripada nilai £60 juta (RM351.49 juta).

“Kami sedang berusaha, kami tahu bagaimana urusan ini perlu diselesaikan dan apabila kami sudah berjaya membawanya pulang, anda semua akan diberitahu.

“Apa yang boleh saya katakan, kami akan menggunakan segala kelebihan dan kemampuan yang kami ada untuk menjadikan perpindahan ini sebagai realiti. Jika ia bergantung kepada saya, ia akan diselesaikan secepat mungkin.

“Lebih cepat dia (Hojlund) bersama kami, itu lebih baik kerana itu membolehkan dia menyesuaikan diri dengan cepat dan memahami cara pasukan ini beraksi,” katanya.

Ten Hag terdesak untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan itu selepas United menjadi pasukan menjadi pasukan paling rendah jumlah jaringan berbanding kelompok enam pasukan teratas.

“Kami sedar mengenai kelemahan tersebut, jadi semua pemain perlu terlibat untuk menghasilkan jaringan. Jadi, kami pergi mendapatkan Mason Mount yang mempunyai kemampuan menjaringkan gol biarpun beraksi di bahagian tengah seperti mana dilakukan Marcus Rashford,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI