fbpx

Bayi 11 bulan meninggal tiada unsur jenayah – KPD Melaka Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA hiba menyelubungi pekarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Titian Bintangor, Alor Gajah, Melaka, ketika jenazah bayi 11 bulan disemadikan malam tadi. (Gambar kecil: Christopher Patit) Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Polis mengesahkan kejadian bayi perempuan berusia 11 bulan yang dilaporkan meninggal dunia selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Ayer Molek dekat sini semalam tidak melibatkan unsur penderaan atau pengabaian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini siasatan awal dilakukan pasukan polis tidak menjumpai sebarang elemen jenayah yang boleh membawa kepada penahanan pengasuh berkenaan.

“Kita masih belum menahan pengasuh wanita berusia 34 tahun itu kerana setakat ini kita tidak menjumpai sebarang unsur jenayah yang dipercayai menjadi punca kematian bayi berkenaan.

“Bagaimanapun pihak polis sedang menunggu laporan penuh bedah siasat untuk sebarang tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan didakwa tersedak susu ketika dijaga pengasuhnya sebelum disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, petang semalam.

Menurut ibu mangsa dikenali sebagai Zaidah, 35, dia menghantar anak sulungnya itu ke rumah pengasuh di Ayer Molek kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum kejadian dimaklumkan kepadanya pada pukul 11 pagi.

Mangsa kemudian telah dibawa pengasuhnya ke Klinik Kesihatan sebelum dipindahkan Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut, namun bayi tersebut disahkan meninggal dunia selepas bantuan pernafasan (CPR) diberikan selama 40 minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI