PETALING JAYA – Hampir keseluruhan negeri di Malaysia akan mengalami cuaca cerah, pagi ini.
Menurut laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook, hujan diramal berlaku di Pedalaman dan Tawau, Sabah.
“Di Semenanjung Malaysia, hujan dijangka turun di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor. Di negeri-negeri lain, cuaca baik akan berterusan sehingga tengah hari nanti.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya dalam hantaran sama.
Tambahnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE