fbpx

Berjaya tagih hutang lepas kongsi gambar bomoh kepada rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan bersama rakannya yang dikongsikan di Twitter.

PETALING JAYA – Gara-gara culas untuk membayar hutang sehingga makan tahun, seorang lelaki akhirnya berjaya menuntut hampir separuh wang yang dipinjamkan setelah berkongsi gambar bomoh kepada rakannya melalui aplikasi WhatsApp.

Hal berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter petang tadi dan dia mendakwa tindakan itu terpaksa diambil kerana sudah tiada pilihan serta jalan lain untuk menagih hutangnya.

Menerusi ciapan yang mengandungi isi perbualan di WhatsApp bersama rakannya, difahamkan rakannya telah meminjam duit berjumlah RM9,000 sejak dua tahun lalu.

“Salam bro! Aku harap kau langsaikan hutang, penat dah nak ingatkan. Dekat dua tahun ni kalau kau betul susah, aku tiada masalah nak halalkan tetapi hari-hari ‘update’ ubah suai kereta dan makan sedap-sedap. Kau ada nama tak tergamak aku nak busukkan.

“Masa kau susah aku ada, bukan nak ungkit. WhatsApp kena palau, dm kena palau. Dah habis baik aku minta ini, dah macam mengemis duit sendiri.

“Harap bagi kerjasama. Dua tahun baru bayar RM150, baki RM8,850,” tulisnya dalam perbualan berkenaan.

Justeru, ciapan berkenaan meraih perhatian ramai apabila rakannya dengan segera membayar hutang setelah lelaki berkenaan menghantar sekeping gambar seorang bomoh yang seolah-olah sedang melakukan mantera.

“Hantar nombor akaun, aku dapat bayar RM4,000 dulu. Baki aku bayar bulan depan boleh ke?,”tanya rakannya.

Setelah melihat perkongsian terbabit, ramai berpendapat tindakan lelaki terbabit berkesan bagi mereka yang liat membayar hutang.

“Macam mana boleh hidup tenang dengan hutang orang? Saya pinjam duit kawan RM20 pun hari-hari fikir tak apa ke bayar lambat,” komen Ayanaa.

“Kawan aku cakap macam mana pun tak jalan, siap ‘block’ aku. Kata nak bayar sebelum kahwin, hujung-hujung senyap saja,” kata Meran.

“Ada saja duit rupanya, kena ugut bomoh Siam baru ada akal,” ciap Sir Lii. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI