fbpx

Wanita kongsi cara sediakan ‘first-aid kit’ versi kedai RM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian penyediaan kit pertolongan cemas daripada barangan kedai dua ringgit.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi cara menjimatkan perbelanjaan bagi penyediaan kit pertolongan cemas atau ‘first-aid kit’ menggunakan barangan daripada kedai dua ringgit.

Menerusi perkongsian @ayu.muhamad di akaun TikToknya, wanita itu bercadang untuk meletakkan kit berkenaan di dalam keretanya untuk kegunaan kecemasan.

“Semua barang ada dekat kedai ini, tak perlu pening kepala nak cari. Saya nak letak dalam kereta sebab belum ada “first aid”. Kita pun tidak tahu bila kita perlukan, jadi hari ini saya nak tunjuk versi bajet,” katanya.

Antara barangan yang dibeli ialah pembalut luka, minyak angin, minyak gamat, tisu basah dan bekas kecil untuk ubat-ubatan.

Sehingga kini, video tersebut mendapat 375,200 tontonan, 19,700 tanda suka dan 3214 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang turut berkongsi teruja dengan pembelian itu serta ada juga yang menitip pesanan.

“Saya suka beli barang “first aid” di kedai ini, plaster (pelekat luka) terutamanya. Anak – anak kalau ada luka, terus tampal. Beli sekotak, banyak kita dapat,” kata Virgoseptember.

“Sebelum beli tengok dulu ramuan atau bahan produk itu. Takut tak sesuai dan pastikan tak letak di direct (terus) cahaya matahari atau tempat panas” tegur Keciyyy.

“Ubat untuk dimakan tak elok dibiarkan di dalam kereta. Haba tak bagus untuk ubatan,” ujar Ayra Alissa – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI