fbpx

Selangor tuai hasil trio serangan R.A.F

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Gergasi Merah meraikan jaringan Del Valle (dua dari kiri) ketika menewaskan Sabah 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ kelmarin. – SHIDDIQIIN ZON

IDEA Tan Cheng Hoe yang mencipta gandingan tiga serangkai antara Richmond Boakye, Ayron del Valle dan Faisal Halim (R.A.F) mula menyerlahkan hasil apabila trio itu membantu kemenangan penting 1-0 ke atas Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Peta­ling Jaya (MBPJ) kelmarin.

Jaringan pada pertengahan babak pertama itu dihasilkan bermula dengan gerakan Faisal sebelum Boakye mencipta um­panan kepada Del Valle yang melepaskan rembatan padu ke arah gawang pelawat.

“Bukan saja sebagai pemain nombor 9, dia (Del Valle) juga bermain sebagai pemain sayap di kelab lamanya. Dengan kuali­tinya, saya harap keserasiannya dengan Boakye dan Mickey (Fai­sal) akan bertambah baik.

“Kita kena nilai daripada satu demi satu perlawanan, namun saya harap tiga serangkai ini dapat memberikan sesuatu kepada pasukan,” kata bekas pengendali Harimau Malaya itu.

Keputusan itu mengukuhkan kedudukan Gergasi Merah di tangga kedua Liga Super dengan 40 mata, berkelebihan enam mata berbanding Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sri Pahang yang masih kurang satu perlawanan.

Selepas kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi Piala FA dan hampir pasti mempertahankan kejuaraan Liga Super, skuad Gergasi Merah perlu mempertahankan kedudukan sekarang bagi memastikan satu slot ke pertandingan peringkat Asia ­musim depan.

“Kami masih ada lapan ke sembilan perlawanan lagi dan kami kena fokus untuk elak kehilangan mata. Kami juga kena ada keyakinan untuk capai target dan kena fikir juga tentang masa panjang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI