fbpx

Inisiatif Payung Rahmah perlu diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID (tiga dari kanan) menyiram air di pusara Allahyarham Salahuddin di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

PONTIAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu inisiatif Payung Rahmah yang dimulakan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub diteruskan oleh penggantinya.

Ahmad Zahid berkata, langkah itu penting kerana rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar masih memerlukan pembelaan dalam soal kos sara hidup.

“Allahyarham seorang yang sangat baik, rajin bekerja tidak mengira masa dan di mana-mana sahaja. Dalam kabinet, beliau sangat bekerja keras dan teliti terutamanya apabila menjalankan menjalankan pelbagai program dibawah inisiatif Payung Rahmah.

“Inisiatif ini perlu ada kesinambungannya oleh sesiapa sahaja yang akan dilantik menjawat jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Rakyat pasti akan ingat dengan sumbangan dan jasa diberikan beliau, lebih-lebih lagi melalui inisiatif ini,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat, Tanjung Piai di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri KPDN, Senator Fuziah Salleh pula memberitahu, pihaknya komited untuk meneruskan kesinambungan legasi Payung Rahmah yang dimulakan Allahyarham dalam membantu rakyat Malaysia pasca pandemik Covid-19.

“Beliau adalah pencetus dan perintis kepada inisiatif ini, dan hari ini perkataan rahmah menjadi antara sebutan dalam pelbagai program kerajaan.

“Doakan agar kami dapat meneruskan legasi inisiatif Payung Rahmah untuk rakyat negara ini. Negara telah kehilangan pemimpin yang bekerja keras, komited dan sentiasa mengambil berat akan perihal rakyat.

“Semoga Allah ampunkan segala dosa beliau dan tempatkannya dalam kalangan orang yang beramal soleh,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI