fbpx

PRN: Saya dipilih parti, punya hak bertanding – Pak Ya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yahya (empat kanan) dan Fahmi bersama rakyat pada Jelajah Madani 2.0 DUN Permatang di Dewan Terbuka Taman Desa Mawar, Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang tidak tergugat dengan isu yang dikaitkan kluster mahkamah.

Menurut Mohd. Yahya Mat Sahri, undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan bahawa semua rakyat sama ada berparti atau sebaliknya mempunyai hak untuk bertanding.

Kata Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor itu, kelayakan calon bertanding perlu mengikuti syarat seperti tiada kebankrapan dan mempunyai proses untuk diselesaikan jika melibatkan undang-undang dan mahkamah.

“Kalau ada pertikaian melibatkan saya, sudah pasti parti tidak memilih saya (sebagai calon). Isu itu tidak sesekali melemahkan semangat saya yang mempunyai hak untuk bertanding dan dipilih oleh parti.

“Jika ada isu, tidak mungkin juga saya dipilih menjadi Ketua Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat malah sudah tentu saya sudah ditolak sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Tanjong Karang hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan Ketua Penerangan PKR, Ahmad Fahmi Fadzil memaklumkan Mohd. Yahya bukan tergolong dalam kalangan kluster mahkamah.

Jelas Mohd. Yahya yang mesra dipanggil Pak Ya itu, undang-undang turut menyatakan tempoh bagi mereka yang boleh bertanding adalah melebihi lima tahun selepas dijatuhi hukuman.

“Jika pertikai saya ini kluster mahkamah, sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri kerana beliau berada lama dalam penjara.

“Bagi saya, saya punya hak untuk bertanding dan tidak mempunyai isu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI