fbpx

UMNO Sepang desak polis siasat Adun DAP langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZWAN (kiri) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di IPD Sepang, hari ini.

SEPANG – UMNO Bahagian Sepang mendesak Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari DAP, Young Syefura Othman meletak jawatan kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sepang, Azwan Muhamad berkata, tindakan ADUN berkenaan adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana beliau sebelum ini antara yang lantang menyelar menteri dan ahli politik lain yang melanggar SOP.

Katanya, sebagai seorang wakil rakyat, Young Syefura tidak sepatutnya melanggar SOP dan perbuatan itu dianggap sebagai tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, pimpinan DAP juga dilihat mendiamkan diri berhubung isu terbabit dan sepatutnya mereka mengambil tindakan tegas ke atas kesalahan dilakukan pemimpin terbabit.

“Kami mendesak polis menjalankan siasatan berhubung perkara terbabit dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada pemimpin berkenaan” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang di sini hari ini.

Kelmarin tular di media sosial berhubung penyebaran gambar perkelahan ADUN Pahang itu di pantai Avani Sepang Gold Coast Resort, Bagan Lalang di sini yang didakwa tidak mengikut SOP PKPB.

Gambar memaparkan beliau tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal itu telah dipadam setelah tular di media sosial.

Pada masa sama, Young Syefura turut memohon maaf dan sedia disiasat polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima dua laporan berhubung kes terbabit.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurut sumber , pemimpin berkenaan bersama rakan-rakanya telah dipanggil hadir ke IPD Sepang untuk diambil keterangan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI