fbpx

Bom dipasang pada kereta Siti Kasim umpama cubaan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan penemuan objek dipercayai bahan letupan di kenderaan aktivis dan peguam, Siti Kasim merupakan satu jenayah serius umpama cubaan membunuh.

Jelas beliau, pihaknya kini sedang melakukan siasatan lanjut secara agresif berkaitan kes tersebut.

“Pihak polis akan ambil tindakan agresif dalam siasatan ini. Jenayah sebegini tidak boleh dibiarkan kerana memberi peluang kepada individu tidak bertanggungjawab melakukan sedemikian.

“Polis juga sedang mengesan cap jari serta bukti-bukti berkaitan bagi siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Razarudin mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan Kontinjen Kuala Lumpur,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan dua objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim atau nama sebenar Siti Zabedah Kasim adalah bom jenis Improvised Explosive Device (IED)

Beliau dilaporkan berkata, ia berdasarkan siasatan dilakukan pihak Unit Pemusnah Bom (UPB) dan kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta letupan 1957.

Dalam pada itu, Siti Kasim memaklumkan kepada Kosmo! ekstremis agama dipercayai menjadi dalang dalam cubaan membunuhnya dengan meletakkan bom pada tayar belakang kereta

Peguam dan aktivis sosial itu dipetik berkata, dirinya tidak pernah menyangka kejadian sebegitu akan terjadi kepada dirinya dan bersyukur Tuhan telah membantunya sehingga bom jenis IED itu berjaya ditemui sebelum sempat meletup

Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kenderaan pada pukul 12 tengah hari. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI