PETALING JAYA – Parti Amanah Negara (Amanah) menerima surat ucapan takziah dari The Islamic Resistance Movement, Hamas – Palestine.
Surat ucapan takziah diatas pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub itu ditujukan kepada Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.
“Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu telah menerima surat ucapan takziah dari The Islamic Resistance Movement, Hamas – Palestine,” kata laman Facebook rasmi Presiden Amanah hari ini.
Salahuddin semasa hayatnya merupakan merupakan Timbalan Presiden Amanah dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE