fbpx

SPR tunggu notis kekosongan kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menunggu notis kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker DUN Johor susulan penyandangnya meninggal dunia semalam.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting pilihan raya bagi kedua-dua kerusi berkenaan akan ditetapkan selepas menerima notis kekosongan daripada kedua-dua speaker.

“SPR masih tunggu pemakluman rasmi dari speaker Parlimen dan DUN,” katanya secara ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) di kedua-dua kerusi itu perlu diadakan berikutan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi akibat pendarahan otak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI