fbpx

Kaunter AKSB sudah dibuka, petugas ke tandas sekejap – Mohd. Amar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amar mendakwa kaunter AKSB sudah dibuka ketika kunjungan pelanggan semalam.

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyangkal dakwaan seorang pengguna bahawa kaunter syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) masih tutup semasa kunjungan individu tersebut semalam.

Sebaliknya kata Mohd Amar, ketika kunjungan individu itu, petugas yang menjaga kaunter sudah ada dan dia ke tandas sekejap.

Jelasnya lagi, silapnya penjaga kaunter itu tidak meletakkan notis semasa meninggalkan kaunter sehingga mengelirukan pelanggan.

“Hari ini (semalam) tular kata kaunter AKSB kosong. Saya baca dan terkejut juga, tetapi saya rujuk kepada pihak berkenaan.

“Rupanya kakitangan keluar sekejap untuk ke tandas dan kebetulan pelanggan itu datang, jadi (kaunter) kosong. Silapnya kakitangan tidak letak notis atas kaunter.

“Pada masa yang sama, dia (pengguna) datang dan buat tohmahan kata kakitangan tidak kerja sebab itu panggilan tidak dijawab serta sebagainya. Akhirnya benda ini tersebar,” katanya pada satu siaran langsung sebuah diskusi semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dia amat terkejut dengan dakwaan tersebut tambahan ketika ini orang ramai cepat membuat kesimpulan.

“Orang guna media sosial dan suka sebar tanpa semak fakta dahulu sama ada betul atau sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dengan sikap dan layanan sebahagian kakitangan sebuah syarikat air di Kelantan.

Ini kerana dakwa lelaki tersebut, semua panggilan dan mesej yang dibuat ke pejabat dan kakitangan syarikat tersebut langsung tidak dibalas.

Malah lebih mengecewakan katanya, ketika kunjungan ke pejabat syarikat air itu di Pasir Mas mendapati tiada seorang kakitangan di kaunter walaupun masa bekerja bermula pukul 8 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI