fbpx

Piala Malaysia perlu diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI mendedahkan MFL enggan mengambil risiko yang akan memberikan kesan kepada penajaan jika kalendar Liga M bermula lebih lambat.

MFL kemuka rayuan kepada MKN untuk adakan perlawanan secara berpusat

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengemukakan rayuan kepada­ Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam agar dapat mempertimbangkan semula keputusan menangguhkan saingan Piala Malaysia 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, MFL bersedia menganjurkan baki saingan Piala Malaysia musim ini di dua gelanggang berkecuali daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Kelantan dan Pahang.

Dua venue iaitu Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu serta Stadium Darul Makmur, Kuantan menjadi pilihan MFL untuk aksi suku akhir, separuh akhir dan final sekiranya rayuan mereka kemukakan semalam diterima MKN.

Ab. Ghani Hassan berharap MKN mempertimbangkan semula keputusan menangguhkan saingan Piala Malaysia 2020 memandangkan pada masa sama kontrak pemain-pemain bersama pasukan akan berakhir hujung bulan ini.

“MFL masih berharap agar MKN mempertimbangkan ra­yuan MFL untuk meneruskan aksi Piala Malaysia musim ini dengan perancangan khas dan SOP (prosuder operasi standard) yang le­bih ketat termasuk menggunakan pendekatan kuarantin perlawanan secara berpusat.

“Sebagai contoh, pasukan yang layak ke suku akhir akan bermain di sebuah negeri sehingga­ separuh akhir dan seterusnya final. Pasukan yang kalah pada suku akhir dan separuh akhir akan meninggalkan negeri tersebut setelah tamat perlawanan.

“Penangguhan saingan Piala Malaysia bakal memberi ba­nyak kesan kepada industri bola sepak negara secara keseluruhan se­perti komitmen penajaan yang telah ditandatangani bersama penaja-penaja untuk Liga Malaysia musim 2020.

“Agak sukar untuk MFL menangguhkan kejohanan ini memandangkan kontrak pemain-pemain Liga Malaysia bersama pasukan masing-masing bakal berakhir hujung bulan ini,” kata­nya dalam satu kenyataan rasmi semalam.

Justeru, pihak MFL amat berharap MKN dapat menerima permohonan rayuan yang telah dikemukakan mereka yang disokong semua lapan pasukan suku akhir serta Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat khas semalam.

Lapan pasukan yang melangkah ke suku akhir itu adalah juara bertahan, Johor Darul Ta’zim, Kedah, Perak, Selangor, Terengganu FC, UiTM FC, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI