fbpx

DAP Negeri Sembilan umum 10 calon penyandang, 1 muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tengah).

SEREMBAN – DAP Negeri Sembilan mengekalkan 10 calon penyandang daripada keseluruhan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, DUN Rahang merupakan satu-satunya kerusi yang menampilkan calon muka baharu iaitu Desmond Siau Meow Kong yang akan menggantikan penyandang sebelum ini, Mary Josephine.

“Misi Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan 19 kerusi yang mana 11 daripadanya adalah kerusi DAP iaitu dengan mempertahankan kerusi-kerusi penyandang sedia ada.

“Kebanyakan kerusi mengekalkan status quo ataupun calon penyandang kecuali satu kerusi iaitu di DUN Rahang adalah muka baharu, kita mengekalkan penyandang kerana mereka ada pengalaman di kawasan itu dan secara naratifnya calon-calon DAP di Negeri Sembilan kebanyakannya masih muda berusia antara 30 hingga 40-an,” katanya pada Majlis Pengenalan Calon PH Negeri Sembilan, di sini malam tadi.

Siew Fook yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, DAP meletakkan keyakinan akan menang dengan meletakkan calon penyandang berdasarkan kaji selidik yang dijalankan.

“Jadi kita masih mengekalkan penyandang-penyandang kita di kawasan kawasan yang mereka tandingi atau wakili, sebab saya telah pun membuat survei dan ada bertanya pandangan diperingkat akar umbi maka keputusan itu dibuat selepas pelbagai pertimbangan dibuat,” katanya.

Menurut Siew Fook, beliau yang merupakan penyandang DUN Chennah yang paling lama berkhidmat bersedia mempertahankan kerusi itu yang pertama kali dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2013.

P. Gunasekaren juga bersedia untuk mempertahankan DUN Seremban Jaya, manakala Teo Kok Seong sekali lagi akan bertanding di DUN Bahau.

S. Veerapan telah diberi mandat untuk mempertahankan DUN Repah, Yap Yew Weng di DUN Mambau manakala Ng Chin Tsai akan bertanding di DUN Temiang.

J. Arul Kumar pula akan bertanding di DUN Nilai, seterusnya Chew Seh Yong di DUN Lobak, Nicole Tan Lee Koon di DUN Bukit Kepayang dan Choo Ken Hwa akan mempertahankan DUN Lukut.

Arul Kumar dan Chew akan bertanding untuk penggal ketiga manakala Kok Seong dan Ken Hwa akan bersaing untuk penggal kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI