PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan pemergian Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub adalah malam sedih buat seluruh ahli parti itu.
Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Mohamad mahu ahli dan penyokong itu parti itu bersabar dengan ujian tersebut.
“Malam ini adalah malam yang paling menyedihkan buat seluruh ahli dan penyokong Parti Amanah Negara.
“YB Datuk Seri Presiden ingin berpesan kepada semua ahli dan penyokong Amanah supaya bersabar dengan ujian ini dan mendoakan roh Allahyarham Timbalan Presiden Amanah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta amal baktinya diterima di sisi Allah SWT,” tulisnya di laman Facebook.
Terdahulu dalam hantaran tersebut turut memaklumkan Salahuddin disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. – KOSMO! ONLINE