fbpx

Dukacita lepas dengar berita pemergian Salahuddin – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan rasa dukacita selepas menerima khabar pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, sebentar tadi.

Menerusi kenyataan di Facebook, Muhyiddin turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga atas kehilangan Allahyarham kira-kira pukul 9.23 malam tadi.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Saya merasa dukacita mendengar perkhabaran ini dan berdoa semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dapat bersabar dan tabah melalui detik mendukacitakan ini,” tulisnya.

Tambah Muhyiddin, beliau turut menyeru semua rakyat berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI