fbpx

Uniqlo buka premis tunggal dengan konsep baharu bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peruncit pakaian antarabangsa, Uniqlo bakal membuka premis tunggalnya di Bandar Sri Damansara di sini dengan pengenalan konsep baharu bagi jenama dari Jepun itu yang dijadualkan pada Disember depan.

Kedai Uniqlo pertama di negara ini yang terletak di luar pusat beli-belah itu dijadualkan dibuka pada bulan depan.

Premis baharu ini menjadikan Malaysia sebagai pasaran kelima di luar Jepun yang membawa konsep kedai serupa selepas Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Filipina.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Uniqlo Malaysia dan Singapura, Yuki Yamada berkata, operasi Uniqlo di Malaysia telah memasuki tahun ke-10 pada November ini.

“Kami kini memiliki keha­diran kukuh dengan 51 kedai fizikal di pusat beli-belah merentasi 12 negeri, selain kedai online,” katanya dalam ­ke­­n­yataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Yamada menerangkan, premis baharu merupakan sebahagian daripada perkemba­ngan berterusan Uniqlo bagi melengkapi rangkaian premis sedia ada.

“Ia direka untuk memiliki ruang yang mencukupi untuk semua termasuk keluarga de­ngan anak kecil, warga emas dan orang kelainan upaya selain mempunyai ruang parkir sendiri.

“Konsep kedai di tepi jalan ini pada asasnya lebih dekat dengan pelanggan bagi memudahkan mereka lebih cepat dan mudah ke Uniqlo,” terang beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI