fbpx

Terengganu pertahan gelaran Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Ragbi Terengganu berjaya mempertahankan gelaran di Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan 2023 di Stadium Ragbi Perak.

SKUAD ragbi Terengganu ternyata berada dalam kelas tersendiri selepas mengekalkan penguasaan mereka di pentas Kejohanan Ragbi 7 Sebelah (7s) Kebangsaan 2023 sejurus berjaya melakar kemenangan pada aksi final di Stadium Ragbi Perak, petang tadi.

Pada aksi final Lelaki Terbuka tersebut, Terengganu yang turun selaku juara bertahan tampil cemerlang selepas berjaya menumbangkan lawan sama yang mereka temui pada edisi lalu iaitu Negeri Sembilan dengan kemenangan 21-10.

Hasil kemenangan tersebut, Terengganu kini berjaya melebarkan empat kemenangan mereka pentas berprestij itu sejurus muncul juara pada edisi 2016, 2019, 2022 dan 2023.

PEMAIN Terengganu melakukan asakan terhadap pemain Negeri Sembilan yang cuba melakukan try.

Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu, Amir Amri Muhammad ternyata gembira dengan kejayaan tersebut selepas pasukannya itu sekali muncul juara biarpun diasak hebat pasukan-pasukan negeri terbaik sejak  di peringkat kumpulan.

“Memang kita tidak jangka dapat mempertahankan kemenangan ini lagi-lagi anda turun selaku juara bertahan.

“Saya gembira dengan semua pemain dan mereka berjuang habis-habis terutama di pentas final. Mungkin pengalaman sebelum ini mereka berjaya mengatasi segala tekanan untuk bergelar juara,” katanya.

Lebih manis, kemenangan pasukan ragbi Terengganu diteruskan pada aksi Wanita Bawah 20 Tahun selepas pasukan dari pantai timur tersebut berjaya membenam Labuan 24-10.

SKUAD ragbi wanita Terengganu Bawah 20 Tahun menjulang kemenangan mereka di Stadium Ragbi Perak.

Pada saingan itu, Terengganu melakukan empat try dan dua conversion manakala Labuan hanya mampu melakukan dua try. Kemenangan itu juga memastikan pasukan Terengganu turut mempertahankan kemenangan yang diraih tahun lalu.

Bagaimanapun, impian Terengganu untuk membawa pulang tiga piala kemenangan tidak kesampaian selepas mereka sekadar naib juara dalam aksi perlawanan Lelaki Bawah 20 Tahun selepas tewas kepada Johor 7-17. 

SKUAD ragbi Johor bawah 20 tahun melakukan kejutan apabila mengatasi Terengganu 17-7 di Stadium Ragbi Perak.

Bagi acara Wanita Terbuka, Terengganu menamatkan perlawanan tempat ketiga dan Selangor muncul juara saingan itu selepas mengatasi Sabah 22-17.

Pada tahun ini, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) telah menyediakan hampir RM 30,000.00 kepada para pemenang yang bersaing pada Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan 2023 . -KOSMO! ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI