fbpx

Imbuhan tetap penjawat awam diumum 2 minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) semasa berucap pada Program Cakna Madani Perdana Menteri Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, hari ini.

KOTA BHARU – Penjawat awam termasuk warga pendidik di negara ini bakal menerima berita gembira apabila kerajaan akan mengumumkan imbuhan tetap kepada golongan tersebut dalam tempoh dua minggu lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman tersebut akan dibuat dalam tempoh tersebut sebelum menunggu pelarasan gaji penjawat awam yang dijangka selesai dalam tempoh lima hingga enam bulan.

Menurutnya, imbuhan tetap itu sudah beberapa bulan dikaji, namun ia lewat diumumkan berikutan masih belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

“Selain itu, saya akan mempengerusikan pengurusan mesyuarat pertama pelarasan skim gaji itu pada minggu depan.

“Pendekatan skim pelarasan gaji yang lama perlu dirombak. Jadi, tunggu pengumuman dan sedikit penyesuaian dalam tempoh masa seminggu sehingga dua minggu lagi,” katanya semasa berucap pada Program Cakna Madani Perdana Menteri Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini hari ini.

Menyentuh mengenai pelarasan gaji penjawat awam, Anwar memberitahu, beliau berhasrat untuk menyeragamkan gaji antara guru dan penjawat awam supaya kadarnya munasabah.

Menurutnya, pelarasan itu juga akan dibuat selepas melihat negara-negara lain yang mempunyai taraf kedudukan ekonomi yang sama dengan Malaysia.

“Selain itu, kerajaan akan membuat penyusunan semula skim gaji penjawat awam dalam tempoh selepas ini. Pelarasan itu boleh dianggap drastik kerana ia dilakukan secara keseluruhan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI