fbpx

Atlet, individu aktif sukan terlibat kes gangguan seksual dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Adli (kanan) berbual dengan Zainudin (tengah) ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Sadang, Kota Bharu, hari ini. Foto ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus memantau kes salah laku melibatkan gangguan seksual, buli dan keganasan terhadap atlet atau individu yang terlibat dalam bidang sukan di negara ini.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd. Halim berkata, pihak kementerian sentiasa berpegang kepada Kod Sukan Selamat yang diperkenalkan pada Mac lalu, untuk membantu segenap aspek dalam kes terlibat.

Katanya, kod sukan keselamatan itu juga boleh digunakan di dalam persatuan yang berdaftar dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS).

“Oleh itu, atlet atau individu yang terlibat dalam bidang sukan jangan malu atau sembunyikan kejadian tersebut (seksual, buli dan keganasan). Kes-kes itu perlu segera dilaporkan.

“Dengan kod keselamatan yang mengikut garis panduan itu, ia sekali gus membantu KBS dalam menangani kes berkaitan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi bekas atlet silat negara, Zainudin Mohamad Nawi, 48, di Kampung Tok Sadang, Badang, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, guru besar sebuah sekolah telah membuat laporan polis pada 26 Jun lalu berhubung dakwaan gangguan seksual oleh jurulatih dodgeball terhadap muridnya.

Menurut laporan terbabit, jurulatih itu telah menanggalkan seluar murid, mencubit puting dada murid lelaki, mengacah mahu menjatuhkan kayu ke atas kemaluan murid lelaki dan menyuruh murid perempuan merangkak di celah kangkang – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI