fbpx

TdF 2023: Pogacar puas pulihkan maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR muncul juara peringkat ke-20 TdF ketika dia hampir pasti gagal memburu kejuaraan musim ini. - AFP

PARIS – Pelumba pasukan UAE Team Emirates, Tadej Pogacar mengakui sangat puas dapat meraih kemenangan ‘bermaruah’ apabila mendominasi perlumbaan Tour de France (TdF) peringkat ke-20 awal pagi semalam.

Pada saingan itu, Pogacar berjaya menafikan cabaran yang diberikan oleh pendahulu keseluruhan, Jonas Vingegaard yang mewakili pasukan Team Jumbo-Visma dengan Adam Yates (UAE Team Emirates) melengkapkan kedudukan podium.

Bagaimanapun, situasi tersebut tidak menghalang apabila Vingegaard hampir pasti mempertahankan kejuaraan TdF selaku juara keseluruhan apabila saingan berakhir secara rasmi hari ini.

Kata Pogacar, ini adalah kayuhan terbaik yang dipamerkan sepanjang perlumbaan TdF musim ini dan sudah pasti ia menjadi motivasi tambahan untuk menamatkan saingan pada peringkat terakhir dengan langkah positif.

“Kali ini saya rasa seperti diri saya kembali. Prestasi yang dipamerkan cukup konsisten bermula awal perlumbaan hingga ke garisan penamat dan saya juga sangat gembira rakan sepasukan, Yates untuk bersama berdiri di atas podium,” katanya.

Sementara itu, Yates mengakui ia adalah detik bersejarah dalam kariernya kerana menamatkan perlumbaan pada kedudukan terbaik sepanjang menyertai perlumbaan bertaraf Grand Tour.

“Sudah pasti saya berpuas hati dengan apa yang dipamerkan kerana ini adalah penantian terindah untuk berada dalam kedudukan podium pada saingan Grand Tour seperti TdF,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI