fbpx

PRN: Pas terdesak, heret Tun M ke pentas ceramah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar semasa berucap pada Program Sentuhan Kasih Desa Kelantan di Dataran Kesedar Paloh 2, Gua Musang hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

GUA MUSANG – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang hadir dan berucap buat kali pertama di pentas Pas di Kota Bharu malam kelmarin sebagai satu tindakan terdesak oleh pihak Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, PN khususnya Pas dilihat tiada ruang lain apabila mengheret Dr. Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M ke pentas mereka.

“Itu merupakan kumpulan terdesak. Tiada ruang lain dah. Dia (Pas) heret Tun M, orang yang paling kejam terhadap Pas, sekolah agama rakyat dan mangsa Memali.

“Sekarang ini, dia (Tun M) didokong. Takpalah, itu hak dia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Sentuhan Madani Felda di Felda Chiku 5 di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, Pas sudah mengampunkan segala kesilapan Tun M terhadap parti tersebut selepas mengundang tokoh itu untuk berucap buat kali pertama di pentas Pas pada program Munajat Rakyat Kelantan: Ppakat Pertahan dan Amanat Pemimpin di Kota Bharu malam kelmarin.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas sedia menerima Tun M yang dilihat sudah berubah dalam konteks perjuangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI