fbpx

Islam larang pakai baju menonjol, curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun Dr. Kamilin Jamilin (kanan).

PETALING JAYA – Islam melarang umatnya memakai pakaian ‘syuhrah’ iaitu yang menonjol dan mencuri tumpuan orang ramai walaupun tidak mendedahkan aurat.

Menerusi perkongsian seorang pendakwah bebas, Dr. Kamilin Jamilin di akaun Instagramnya, selain pembaziran, memakai pakaian ‘syuhrah’ itu juga akan menimbulkan rasa riak dalam diri individu.

“Mereka ini dipanggil golongan Libas al-Syuhrah iaitu pakaian pelik yang tersangat mengundang perhatian. Selain pembaziran, Islam nak jaga umatnya daripada sifat riak, sifat menunjuk-nunjuk.

“Riak muncul bila mana kita rasa lebih hebat, lebih unik dari orang lain. Bila kita biasa mengundang perhatian atau tumpuan orang ramai, lebih susah kita jaga hati.

“Walaupun kita cakap kita tak riak, Islam cuba cegah daripada benda tersebut terjadi. Sebab sifat-sifat macam itu boleh halang kita masuk syurga dan balasan di akhirat pun sangat berat,” ujarnya.

Menurutnya lagi dalam Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud, siapa yang pakai pakaian syuhrah macam itu dekat dunia ni, maka pada hari kiamat nanti Allah akan pakaikan pakaian kehinaan buatnya.

Ujarnya lagi, dalam Hadis Ibnu Majah, Allah berpaling daripadanya manakala dalam Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Allah akan pakaikan pakaian dengan api neraka.

“Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat khususnya dunia artis dan fesyen, jauhilah design (reka bentuk) yang mengundang pakaian ‘syuhrah’ ni.

“Yang penting jangan nampak pelik-pelik sangatlah, lain daripada lain sampai mengundang sensasi disebabkan keanehannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI