fbpx

Peniaga Larkin Sentral terjejas kebakaran terima RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hairi melawat lokasi kejadian.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) akan memberi sumbangan kecemasan berjumlah RM5,000 kepada peniaga yang mana premis mereka terjejas dalam kebakaran di Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, sumbangan itu bertujuan untuk mengurangkan beban kerugian dialami mereka.

“Bantuan fasa pertama ini adalah bagi mengembalikan semangat pengusaha untuk kembali meneruskan perniagaan mereka khususnya kepada empat premis yang terjejas.

“Selain sumbangan kecemasan ini, kerajaan negeri juga akan cuba bantu mereka yang terlibat menerusi pemberian geran ataupun pinjaman perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian, hari ini.

Mohd. Hairi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin turut memberitahu, jumlah kerugian keseluruhan kejadian itu hanya akan dapat diperoleh selepas penilaian dilakukan pihak berwajib.

Sementara itu, Mohd. Hairi turut memuji tindakan pantas diambil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dan juga pihak polis bagi memastikan kebakaran dapat dikawal segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI