fbpx

Hanya ahli keluarga dibenarkan melawat Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin.

PETALING JAYA – Ahli keluarga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Diri, Datuk Seri Salahuddin Ayub memohon orang ramai terus mendoakan keadaan Salahuddin.

Anaknya, Siti Fatihah berkata, atas nasihat doktor dan permintaan keluarga, hanya ahli keluarga sahaja dibenarkan melawat Salahuddin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

“Saya mohon agar diberikan ruang kepada pihak keluarga sahaja untuk datang melawat. Bagi pihak keluarga, kami menghargai segala sokongan dan doa.

“Saya juga mohon semua agar terus mendoakan keadaan ayah saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Siti Fatihah memaklumkan, bapanya msih dalam penjagaan dan pemantauan rapi oleh pasukan perubatan HSB. –

Kosmo! sebelum ini melaporkan Salahuddin dikejarkan ke HSB setelah mengalami mual dan muntah-muntah pada pukul 10.15 malam kelmarin.

Beliau yang disahkan mengalami pendarahan dalam otak telah ditidurkan selepas selamat menjalani pembedahan di hospital tersebut semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI