fbpx

Semakin ramai berani mengaku pengikut ajaran sesat Si Hulk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pengakuan pengikut Si Hulk yang dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA – Semakin ramai individu berani membuat pengakuan yang sama di media sosial tanpa rasa gentar selepas tular video lima beranak mengaku pengikut Si Hulk.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali @muhdfaruqq di akaun Instagrammnya, dia bersama empat lagi rakan mengakui mereka adalah pengikut Si Hulk selain mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Allah.

Difahamkan menerusi video yang tular di media sosial sejak semalam itu, lima lelaki tersebut berasal dari Pasir Gudang, Johor.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai mempersoalkan tindakan pihak berkuasa untuk mengekang ajaran sesat ini semakin berleluasa.

“Bahaya ajaran ni, budak-budak muda pun dah mula ikut ajaran sesat ni. Majlis agama tak nak ‘angkut’ ke budak-budak ni?,” komen Cik Manis.

“Apa lagi muka dah ada, kasi ‘angkut’ semua masuk lokap. Manusia macam ini buat beban negara dan tak boleh pakai,” komen Ekram.

“Baliklah pada Allah, baliklah pada Ahli Sunnah. Perkara ini Nabi dan sahabat tak ajar. Banyakkan berdoa supaya kembali ke jalan yang lurus,” komen seorang pengguna.

Lebih mengejutkan juga, tinjauan Kosmo! mendapati ramai lagi golongan pengikut Si Hulk makin berleluasa serta berani memuat naik video pengakuan mereka di Facebook.

Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menerusi satu kenyataan memutuskan fahaman serta ajaran yang diasaskan Suhaini Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.

Suhaini yang turut dipanggil Suhai Ibni Mohammad, Si Hulk atau apa jua gelaran dikaitkan dengannya, didapati membawa pelbagai fahaman dan ajaran yang bertentangan dengan Islam, antaranya mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Tuhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI