fbpx

20 pasangan pengantin teruja bersanding depan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga, kiri) bersalam dengan pasangan pengantin yang menyertai Jom Kahwin sempena Program Sentuhan Kasih Desa Kelantan di Dataran Kesedar Paloh 2, Gua Musang hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

GUA MUSANG – 20 pasangan pengantin termasuk empat pengantin Orang Asli teruja apabila mereka berpeluang bersanding di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Program Sentuhan Kasih Desa Kelantan di Dataran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Paloh 2 di sini, hari ini.

Pasangan pengantin Orang Asli dari Pos Hendrop di sini, Along Uda, 30, bersama pasangannya Norzulaikha Nubi @ Zulkifli, 24, gembira dan tidak menyangka mereka terpilih untuk bersanding di hadapan Perdana Menteri.

Katanya, majlis tersebut merupakan hari yang bersejarah memandangkan dia bersama pasangan dapat bersanding selepas 10 bulan berkahwin.

“Kami bernikah pada September tahun lepas dengan perbelanjaan sebanyak RM4,000 di Pos Hendrop. Ketika itu, kami hanya mampu meraikan tetamu dengan mengadakan kenduri secara kecil-kecilan sahaja.

“Hari ini kami dapat merasa pengalaman berpakaian pengantin, disolek, bersanding di atas pelamin dan mengadakan jamuan dengan meriah malah ada jurugambar yang merakam detik-detik istimewa ini,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Bagi pasangan Orang Asli, Herry Samad, 19, dan Leyoi Along, 22, dari Pos Tuel berkata, majlis persandingan yang ditaja Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu sekali gus membantu aspek kewangannya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Katanya, kampungnya terletak lebih 100 kilometer dari tempat persandingan hari ini dan telah datang awal bagi membuat persediaan.

“Saya dan isteri juga menerima khidmat nasihat pengurusan keluarga secara percuma sempena program ini. Kami bersyukur apabila mendapat tajaan majlis persandingan kerana kos penganjurannya pasti tinggi. Dengan pendapatan saya yang bekerja sebagai penoreh getah memang tidak mampu,” ujarnya.

Terdahulu, Kemas telah memperuntukan sebanyak RM42,000 bagi pelaksanaan program Jom Kahwin sempena Program Sentuhan Kasih Desa Kelantan bagi membantu pasangan pengantin yang berpendapatan bawah RM4,850 untuk menganjurkan majlis perkahwinan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI