fbpx

Tetap kurang ajar, Matty Healy salahkan penganjur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan The 1975 menuding jari kepada penganjur Festival Good Vibes 2023 kerana mengundang mereka.

PETALING JAYA – Biarpun secara terang-terangan melanggar garis panduan ditetapkan dengan bercium sesama jenis di pentas, band The 1975 menuding jari kepada penganjur Festival Good Vibes 2023 kerana mengundang mereka.

Kata vokalisnya, Matty Healy semua masalah berbangkit berpunca daripada tindakan Future Sound Asia yang tetap mahukan mereka beraksi pada acara tahunan tersebut walaupun mengetahui cara persembahan kumpulannya.

Sikap tiada tanda rasa bersalah band United Kingdom itu didedahkan penyanyi rap, Luqman Podolski menerusi hantaran dalam Twitter yang berkongsi tangkap layar mesejnya yang dibalas vokalis tersebut.

Dalam mesej berkenaan Luqman menyelar impak tindakan liar Healy yang mengakibatkan kerugian banyak pihak, termasuk artis yang sepatutnya tampil membuat persembahan sepanjang festival berkenaan.

“Disebabkan kau, semua artis tempatan yang sudah membuat persiapan untuk membuat persembahan di acara ini, penganjur, penyewa tapak jualan makanan, penjaja dan lain-lain terpaksa menanggung kerugian.

“Kamu menjahanamkan semuanya dan saya tak peduli mengenai pendapat dan ideologi kamu. Sila hormat budaya dan undang-undang negara orang,” tulisnya.

Bekas kekasih Taylor Swift itu dengan selamba turut mengeluarkan kata-kata kesat meminta Luqman jangan masuk campur urusan mereka.

“Oh tidak! Saya minta maaf. Saya percaya saya kecewakan kamu. Saya tumpang sedih. Ada apa yang boleh saya buat? Atau awak patut diam sahaja, dasar celaka.

“Saya okey saja. Terima kasih atas nasihat. Jemput saya dan anda akan dapat apa yang saya bagi. Bukan orang lain, mereka (penganjur) jemput saya, itu salah mereka, bukan saya,” balasnya lantang.

Bukan sahaja menghina budaya, undang-undang dan kerajaan Malaysia, vokalis berusia 34 tahun itu juga merosakkan beberapa alatan kamera selain memijak drone dan menolak jurukamera semasa membuat persembahan. — KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI