fbpx

Dua rumah musnah terbakar di Kampung Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang membabitkan dua buah rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, di sini, tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 12.08 tengah malam.

Katanya, seramai 13 anggota serta dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan bantuan dari BBP Jalan Hang Tuah serta BBP Jalan Tun Razak bergegas ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati berlaku kebakaran membabitkan dua rumah yang musnah 100 peratus.

“Kebakaran itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan punca kejadian masih dalam siasatan unit forensik,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI