ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA setelah menewaskan Kuala Lumpur City (KL City FC) 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini sebentar tadi.
Kejayaan itu menyaksikan Harimau Selatan berjaya menjulang Piala FA buat kali ketiga selepas memenanginya pada musim 2016 dan musim lalu.
Keputusan itu juga bermakna The City Boys terlepas peluang untuk melayakkan diri ke peringkat kumpulan Piala AFC bagi musim depan.
Pada edisi Piala FA edisi ke-33 itu menyaksikan perlawanan seimbang pada babak pertama apabila kedua pasukan saling membuat serangan ke arah kubu lawan masing-masing bagi mendapatkan kelebihan gol awal.
Namun pada minit ke-57, JDT berjaya menjaringkan gol selepas Bergson pantas menolak bola ke gawang KL City namun gol tersebut tidak dikira selepas penjaga garisan mengangkat bendera menandakan penyerang itu berada di posisi ofsaid.
Hong Wan yang meledak jaringan pertamanya bersama JDT itu hadir pada pentas yang penting buat pasukan untuk untuk memburu kemenangan Piala FA bagi dua musim berturut-turut.
Pada minit ke-74, Leandro Velazquez meletakkan pasukan di kedudukan yang selesa selepas meledak gol kedua pasukan sekali gus meruntuhkan semangat juang pasukan KL City.
Hasrat skuad kendalian Hodak untuk bangkit pada perlawanan itu tidak membuahkan hasil setelah tiada pertambahan gol dilakukan sehinggalah wisel penamat ditiupkan.-KOSMO! ONLINE