BALIK PULAU – Orang awam dikejutkan dengan kehadiran seekor babi yang tersesat dan terperangkap hampir empat jam di dalam sebuah kedai serbaneka di Bayan Lepas di sini, hari ini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 5.30 petang tadi menyebabkan seorang pekerja lelaki terseliuh pada bahagian tangan ketika mahu menyelamatkan diri.
Sehingga pukul 9.30 malam tadi, babi hutan tersebut masih berada di dalam premis berkenaan.
Operasi menyelamat dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). – KOSMO! ONLINE