fbpx

SKMM digesa turunkan segera kandungan berunsur ajaran sesat – Mohd Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Mohd Na'im (kiri) pada Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari di Masjid Putra, malam ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menurunkan segera sebarang kandungan berkaitan ajaran sesat di media sosial bagi mengelakkan ia dari terus menular.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, kandungan itu termasuk berkaitan ajaran sesat yang sudah pun difatwakan haram oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Beliau berkata, pihaknya juga percaya bahawa kandungan itu sengaja ditularkan kerana ia mungkin bermatlamat untuk menyebar luas ajaran itu.

“Kadang-kadang benda (kandungan) ini orang sibuk share (kongsi) dan saya rasa itu matlamat mereka (ajaran sesat).

“Berhubung isu ajaran sesat di bawa Suhaini bin Mohammad (Sohai Ibnu Muhammad) atau SiHulk itu, kita sememangnya mahu SKMM supaya lebih pantas bertindak kerana ajaran itu sudah difatwakan haram.

“Ajaran SiHulk itu bertentangan dengan akidah. Jadi, SKMM tidak perlu lagi (bertangguh) dan boleh turunkan teruslah,” katanya ketika ditemui pada majlis Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan 2023 di Masjid Putra, di sini malam ini.

Katanya, beliau juga akan bertemu dengan SKMM pada Isnin ini bagi membincangkan proses penempatan seorang kader atau pegawai hal ehwal agama Islam ke Suruhanjaya tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI