fbpx

Anwar umum peruntukkan RM1 juta tubuh sekretariat kawal selia p-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika beramah mesra bersama pekerja p-hailing pada Sesi Temu Anwar sempena Program Himpunan Rider Madani Selangor hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan awal RM1 juta untuk mewujudkan sekretariat bagi menyelaras pengurusan dan mengawal selia perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing).

Anwar menerusi hantaran di Facebooknya berkata, melalui sekretariat itu, penyelarasan p-hailing akan dibuat secara berterusan, termasuk menyelesaikan pelbagai isu berbangkit dihadapi pekerja penghantar makanan.

“Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk hadir pada Sesi Temu Anwar sempena Program Himpunan Rider Madani Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan kira-kira 5,000 rider seluruh Selangor.

“Dalam usaha memastikan kebajikan pekerja industri itu terus terpelihara, saya maklumkan kerajaan memperuntukkan RM1 juta bagi melantik sekretariat tidak rasmi (informal secretariat) untuk menyelaras isu berkaitan penghantar p-hailing.

“Hatta, dengan adanya sekretariat dan penyelarasan untuk p-hailing ini, diharapkan gig riders dan sebagainya serta hal-hal yang boleh dihantar untuk perhatian kerajaan persekutuan mahu pun negeri,” katanya.

Tambah Anwar, beliau juga akan adakan pertemuan dengan semua syarikat p-hailing bagi membincangkan isu berkaitan kadar upah pengambilan dan penghantaran yang dikatakan semakin rendah.

“Sayugia, saya mahu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada syarikat berkenaan berhubung situasi itu yang dilihat agak membebankan pekerja p-hailing.

“Moga kebajikan pekerja industri ini terus terbela dan membantu melonjakkan ekonomi negara,” jelasnya. – KOSMI! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI