WASHINGTON – Seorang lelaki yang identitinya tidak didedahkan menjumpai sejumlah syiling emas era perang saudara Amerika Syarikat bernilai lebih AS$1 juta (RM4.56 juta) di sebuah ladang jagung di Kentucky, baru-baru ini, lapor portal berita Insider.
Lokasi tepat tempat dia menemui syiling emas tersebut tidak didedahkan tetapi video yang disiarkan di laman YouTube oleh seorang peniaga duit lama dikenali sebagai GovMint menunjukkan lelaki berkenaan berada dalam keadaan sungguh gembira.
Lelaki berkenaan menyebut bahawa penemuan itu sebagai sesuatu yang ‘sangat gila’.
Akhbar The New York Times menganggarkan harta karun itu bernilai lebih AS$1 juta.
“Ini adalah apa yang setiap pemburu harta karun impikan dan lelaki itu mengalaminya,” kata seorang netizen di YouTube. – Agensi