fbpx

‘Nak dapat RM50 pun susah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU teksi di Hentian Teksi Kluang terpaksa menunggu di antara dua sehingga tiga jam sebelum mendapat seorang pelanggan akibat persaingan daripada e-hailing dan sindiket teksi haram.

KLUANG – Terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk mendapat seorang pelanggan.

Demikian keluhan yang disuarakan oleh rata-rata pemandu teksi di Hentian Teksi Kluang, di sini akibat persaingan daripada perkhidmatan e-hailing serta sindiket teksi haram.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Daerah Kluang, Mustakim Jalil berkata, pendapatan harian pemandu teksi ketika ini yang semakin berkurangan menambah lagi tekanan pihak­nya apabila terpaksa membuat penggantian.

Katanya, setiap seorang pemandu teksi di Kluang ini hanya mampu meraih pendapatan maksimum RM50 sehari selepas ditolak kos minyak kenderaan.

“Dengan duit sebanyak RM50 sehari itulah digunakan untuk menyara keluarga dan jika ada lebih pun terpaksa disimpan untuk kegunaan waktu kecemasan.

“Kami bukan minta kerajaan menanggung sepenuhnya ke­perluan kos menukar tayar atau membaharui cukai jalan serta insuran, namun jika dapat dikurangkan sebahagiannya pun sudah memadai,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, rayuan ini bukan hanya daripada persatuannya namun mewakili keseluruhan pemandu teksi di Johor yang terkesan teruk dengan saingan e-hailing lain serta sindiket teksi haram.

Ujarnya, jika sebelum ini pemandu teksi dapat diberikan pelbagai bantuan oleh kerajaan walaupun hanya sekali setahun, namun cukup memadai kerana dapat mengurangkan kos perbelanjaan kepada pengurusan kenderaan mereka.

Beliau turut merayu keprihatinan kerajaan untuk membantu pihaknya mengurangkan beban pengurusan kenderaan bagi membolehkan usaha mencari pendapatan menyara keluarga berjalan lancar dan tidak terjejas.

“Antara yang paling membebankan kami adalah penukaran tayar selain kos memperbaharui cukai jalan serta insurans.

“Kami sedar kerajaan ketika ini berdepan dengan kekangan kewangan, namun sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kebajikan pemandu teksi juga perlu diambil kira,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI