fbpx

Harimau Malaya mungkin melonjak ranking ke-120 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU MALAYA memberi bayangan positif sasaran untuk menembusi ranking ke-120 pada penghujung tahun ini mungkin boleh menjadi realiti.

PRESTASI cemerlang yang dipamerkan oleh skuad Harimau Malaya memberi bayangan po­sitif sasaran untuk menembusi ranking ke-120 pada penghujung tahun ini mungkin boleh menjadi realiti.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Firdaus Mohamed berkata, situasi itu bergantung dengan keputusan yang bakal diraih pasukan pada aksi persahabatan pada September depan.

Kata Mohd. Firdaus, selain itu, dua lagi perlawanan Pestabola Merdeka yang akan diraih pada Oktober dan dua aksi tambahan pada November juga boleh mencerahkan peluang untuk pasukan meraih kedudukan ‘impian’ itu.

“September kita akan menentang pasukan China dengan dua pertandingan antarabangsa sedang kira rangka.

“Kalau kita boleh menang satu perlawanan dan juga mencipta keputusan positif pada Pesta­bola Merdeka sudah tentu boleh capai kedudukan ranking ke-120.

“Dalam dua perlawanan persahabatan pada September kalau menang satu pun sudah cukup positif untuk tiup sema­ngat sebelum sepak mula Piala Asia,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya menunjukkan pening­katan ranking selepas mendaki ­carta ke tangga 136 dunia berdasarkan kemas kini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pada Khamis lepas.

Difahamkan, Malaysia akan mengharungi aksi di luar negara pada September sebelum dijadual menganjurkan Pestabola Merdeka di Kuala Lumpur membabitkan saingan empat penjuru termasuk India, Palestin dan Lebanon.

Kemudian, skuad negara mempunyai tugas terakhir pada November ini apabila bakal meng­harungi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI