fbpx

Pegawai polis maut, kenderaan dipandu terbabas masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengeluarkan pegawai polis yang maut dalam kemalangan di Jalan Taman Indah Jaya 5, Taman Indah Jaya, Batu 4 awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba

SANDAKAN – Seorang pegawai polis maut apabila kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Taman Indah Jaya 5, Taman Indah Jaya, Batu 4 awal pagi tadi

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi, mangsa berumur 30 tahun yang memandu jenis Mitsubishi Lancer disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pegawai yang maut dikenali sebagai Inspektor Mohamad Ikhlas Rosmi yang bertugas di Markas Operasi, Pasukan Polis Marin, Sandakan.

Abdul Fuad menyatakan hasil siasatan awal pihak mendapati, kenderaan dipandu mangsa dari arah pusat bandar untuk pulang rumahnya di Taman Indah Jaya.

“Bagaimanapun, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk ke dalam longkang di lokasi kejadian secara tiba-tiba. Ekoran kemalangan itu mangsa didapati meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Fuad memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI