fbpx

F1: Horner berang Perez rosakkan jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREZ gagal meneruskan ujian bebas selepas terlibat dalam insiden kemalangan pada awal sesi berkenaan. - AFP

MOGYOROD, Hungary – Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner mengakui agak berang dengan kesilapan mudah yang dilakukan pelumbanya, Sergio Perez selepas terbabas pada aksi ujian bebas Grand Prix (GP) Hungary awal pagi semalam.

Pada saingan di Litar Hungaroring itu, Perez gagal mengawal jentera pasukan sebelum mengalami kemalangan sehingga merosakkan jentera pada selekoh kelima.

Menurut Horner, kesilapan yang dilakukan Perez sepatutnya boleh dielakkan andai dia memberikan tumpuan penuh di atas litar.

“Perez tersilap percaturan dan melakukan kesilapan sehingga gagal mengawal jentera. Berdasarkan apa yang diberitahu, sudah pasti dia kecewa dengan apa yang berlaku.

“Dia baru sahaja mahu memulakan sesi ujian bebas dan semuanya berjalan lancar sehingga selekoh keempat. Secara jujur, ini bukanlah permulaan yang baik untuknya pada GP Hungary kali ini,” katanya.

Sementara itu, pemerhati sukan F1, Danica Patrick tekanan luar telah membuatkan Perez melakukan kesilapan mudah apabila dijangka bakal kehilangan posisinya selaku pelumba No. 2 Red Bull kepada Daniel Ricciardo.

“Saya pasti dia merasakan tekanan yang hebat ketika ini memandangkan Ricciardo sudah kembali aktif mewakili pasukan Alpha Tauri dan disebut untuk menggantikan posisinya dalam pasukan Red Bull nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI