fbpx

Asyraf Wajidi diberi tempoh 6 bulan buktikan diri sebagai Pengerusi Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

SABAK BERNAM – Tempoh enam bulan diberikan kepada Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bagi membuktikan kemampuannya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan Asyraf Wajdi perlu memberikan laporan kemajuan dicapai dalam tempoh tersebut.

“Mara, kita ada pengerusi baharu yang tampan, berani dan tegas. Cukup enam bulan kita hendak minta report (laporan).

“Kalau kerja macam dulu kita tukar pengerusi Mara tetapi saya yakin, bila kita tampilkan tokoh muda, ada idea baharu dan jiwa bantu orang-orang Melayu,” katanya ketika berucap merasmikan Sentuhan Kasih Desa Selangor dan Mini Karnival Usahawan Desa di Stadium Sungai Besar, di sini hari ini.

Asyraf Wajdi yang merupakan Setiausaha Agung UMNO dilantik Pengerusi Mara pada Mac lalu bagi menggantikan Datuk Azizah Mohd. Dun.

Anwar bagaimanapun menjelaskan beliau yakin akan kemampuan Asyraf Wajdi dalam membawa kejayaan terhadap agensi dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah itu.

“Saya yakin dalam enam bulan, dia (Asyraf Wajdi) boleh tukar kemajuan dan Mara lebih baik daripada kita lihat dulu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI