fbpx

The 1975 disenarai hitam di Malaysia – Puspal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
The 1975.

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Jk-Puspal) menyenarai hitam kumpulan The 1975 daripada membuat sebarang persembahan di negara ini.

Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu dalam kenyataan di sini berkata, pihaknya kesal dengan perlakuan biadab artis berkumpulan luar negara itu semasa mengadakan persembahan sempena Good Vibes Festival di Sepang semalam.

Jelasnya, tindakan yang ditunjukkan oleh artis tersebut merupakan satu penghinaan, memperlekehkan undang-undang negara dan melanggar tatasusila rakyat Malaysia.

“KKD melalui Jk-Puspal telah membuat laporan polis terhadap artis tersebut dan pihak penganjur atas kecuaian serta kegagalan mereka mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Puspal.

“Ketika permohonan dibuat, pihak penganjur telah memberi jaminan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan artis tersebut,” katanya hari ini.

Ujarnya, KKD sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan provokasi serta melakukan aksi biadap dalam persembahan yang diadakan di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI