fbpx

Orang ramai puji KJ tak kalut politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KJ ketika menjadi penyampai anugerah berbanding pemimpin lain yang sedang sibuk dalam urusan parti masing-masing semalam.

PETALING JAYA – Ketika ahli politik lain sibuk dengan siri ceramah dan memperkenalkan calon bagi menghadapi Pilihan Raya negeri (PRN) di enam buah negeri 12 Ogos ini, lain pula yang berlaku kepada bekas Ketua Pemuda UMNO ini.

Khairy Jamaludin Abu Bakar yang ketika ini menjadi penyampai jemputan di sebuah stesen radio swasta ternyata membawa haluan berbeza.

Beliau yang dikenali sebagai KJ menjadi tumpuan ramai apabila langsung tidak memperdulikan hal politik negara apabila turut menjadi penyampai pada satu acara anugerah terkemuka tempatan semalam.

Rata-rata orang ramai turut memuji bekas Menteri Kesihatan itu yang membawa pendekatan berbeza daripada ahli politik lain dan ada juga yang menyifatkan KJ sedang berehat sebelum kembali ke gelanggang politik.

“Hebat KJ, dia buat tak nampak saja orang lain yang tengah kalut nak bertarung dalam PRN bulan depan. Harap Kj akan jadi pemimpin Malaysia pada masa hadapan,” jelas MalissaSuhaila.

“Aku tengok KJ ni semakin popular, adakah dia sedang kumpul pengikut dia sekarang, apa-apa pun memang dia tidak masuk campur soal calon atau mana-mana parti, tabik KJ,” jelas seorang pemilik akaun di Facebook.

“Mungkin dia nak berehat seketika dari medan politik sebelum kembali mengganas selepas ini, KJ adalah pemimpin masa depan Malaysia,” kata Joe Mancis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI