fbpx

Dihina ketot, Bell bangkit buktikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKI dihina pendek, Bell tidak patah semangat meneruskan kerjanya sebagai pelakon.

KUALA LUMPUR – Bintang Paling Popular, Bell Ngasri mendedahkan pernah dihina seorang pengarah yang mendakwanya tidak layak bergelar pelakon kerana bertubuh pendek.

Pemilik nama sebenar Nazrizal Ngasri bagaimanapun menegaskan kata-kata kasar dilemparkan figura terkenal itu sama sakali tidak melunturkan semangatnya sebaliknya bangkit melebarkan sayap seni tanpa rasa rendah diri.

Banyak pengalaman suka duka saya lalui sepanjang 37 tahun menjadi artis. Pernah ada pengarah terkenal cakap ‘macam ni ke jadi artis, badan ketot macam kau ni?’

Demi Allah, ini memang betul terjadi dan pengarah yang berkata begitu pada saya pun ada dalam panggung itu tadi.

“Kalau awak yang kena macam mana? Sudah tentu hinaan itu akan melunturkan semangat.

“Alhamdulillah, trofi ini bukti untuk mereka yang pernah menghina saya,” katanya pada sidang media Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) di Istana Budaya, malam tadi

Sambung aktor berusia 43 tahun itu, kemenangan berganda apabila turut diangkat sebagai Artis Komedi Popular adalah berkat berbuat baik dengan semua orang termasuk pesaingnya.

“Kalau tengok kategori Artis Komedi, calonnya bukan calang-calang. Ada Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli. Saya suka bantu naikkan orang lain. Kalau nak ada perasaan dengki sejak dulu lagi saya boleh buat.

Lagi seronok sokong kawan-kawan dan Alhamdulillah mereka juga menyokong saya. Mungkin kerana saya tak pernah iri, Allah hadirkan ramai kawan yang membantu menaikkan saya,” katanya.

Terdahulu, anak pasangan penyampai radio Ngasri Sain dan Habibah itu mencetuskan fenomena menerusi watak Barkoba yang suka ponteng puasa dalam dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Bell yang memulakan kerjaya seni sejak usia enam tahun dilahirkan dalam keluarga seni. Abangnya, Naszeli Ngasri dan dua adik, Darling serta Anne turut aktif sebagai pelakon.

Selepas mencipta nama sebagai pelakon filem menerusi Cinta Kita pada 1995, Bell melebarkan sayap sebagai ‘pelawak’ pada 2007 apabila diberi kepercayaan menjayakan watak komedi.

Antara filem dibintanginya adalah Kampung Latah The Mummy, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Bulan dan Pria Terhebat, Hero: Jangan Bikin Panas, Tanda Putera, 1957: Hati Malaya serta Puteri Impian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI