fbpx

LUAS kesan bahan tercemar di loji Taman Velox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINI Ujang (tengah) ketika melawat Loji IWK di Taman Velox petang tadi.

PETALING JAYA – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengenalpasti terdapat bahan tercemar dibuang di Loji Rawatan Kumbahan di Taman Velox, Rawang.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Ir Zaini Ujang berkata, pihaknya percaya bahan tercemar itu dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab di Loji Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di kawasan tersebut.

“Pihak kami sudah mengenal pasti punca pencemaran dan sedang berusaha menutup loji tersebut sepenuhnya serta membuang cecair berwarna merah yang dihasilkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

” Pihak kami juga berjaya memerangkap bahan tercemar berkenaan dan kerja-kerja membersihkan loji itu sedang giat dijalankan.

” Kita akan tutup loji sepenuhnya dan keluarkan air berwarna merah itu daripada loji ini, air itu dikeringkan malam ini juga dan dihantar ke loji lain untuk dirawat,” jelas Zaini ketika sidang akhbar hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI